Sukacita dimaklumkan bahawa UiTM Cawangan Negeri Sembilan melalui PPL telah diberikan kepercayaan oleh iNED Shah Alam untuk menawarkan Program BM111 (Diploma Pengurusan Perniagaan) Secara Mod Separuh Masa (epjj) di Kampus Negeri Sembilan untuk sesi kemasukan November 2016. Program ini akan dijalankan di bangunan PPL, Jalan Tunku Kurshiah, Sikamat, Seremban.
Oleh itu berita baik kepada semua yang memenuhi kriteria untuk merebut peluang ini untuk memajukan diri dan taraf pendidikan. Untuk makluman, peluang ini hanya terbuka kepada Bumiputera sahaja.
Permohonan secara atas talian (online) telah pun dibuka mulai 21 Jun 2016 hingga 15 Oktober 2016. Maklumat lanjut mengenai syarat-syarat kemasukan dan lain-lain maklumat berkaitan serta permohonan secara atas talian bolehlah melayari laman sesawang iNED di http://ined.uitm.edu.my
Bagi pemohon yang bekelayakan, bantuan kewangan yuran pengajian ada disediakan di bawah program MDAB. Maklumat lanjut boleh diperoleh di laman sesawang iNED. Adalah dinasihatkan borang MDAB ini dapat disi dan dihantar telebih dahulu kepada pihak iNED untuk pertimbangan sebelum membuat pendaftaran pelajar.
Ada berita baik lagi kepada staf UiTM (tetap atau kontrak) yang tidak cukup syarat untuk memohon bantuan MDAB. iNED memberi potongan diskaun sebanyak 50% yuran pengajian kepada staf yang berminat.
Oleh itu, marilah sama-sama merebut peluang ini. Jom Mendaftar sebagai pelajar.